PAS SAH GUNA LOGO PN DI PRN MELAKA

PAS SAH GUNA LOGO PN DI PRN MELAKA

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS yang berlangsung pada semalam (Isnin) memuktamadkan bahawa parti itu akan menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata penggunaan lambang itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, hari ini.

“Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung hari ini di Pejabat Agung PAS Pusat sudah meluluskan penggunaan lambang PN pada PRN Melaka…

“Ketetapan ini mengambil kira panduan diberikan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 31 Oktober 2021 (semalam),

Ianya juga selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang…

Menurut Setiausaha MSU PAS, Mohd Khairuddin Aman Razali, parti itu telah membincangkan penggunaan lambang tersebut dari sudut Siyaasah Syar’iyyah dengan menekankan kepentingan perundingan pertandingan dua penjuru agar kemenangan tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH).

Justeru itu, keputusan PAS berkenaan telah mengundang tanda tanya berkenaan status kerjasama ditawarkan UMNO baru-baru ini yang mensyaratkan PAS menggunakan lambangnya sendiri di Melaka.

Mohd Khairuddin Aman Razali…

Pada Sabtu lalu, Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan berusaha untuk mengelak pertembungan tiga penjuru antara parti dalam kerajaan, termasuk dengan BERSATU.

Perdana Menteri turut memaklumkan beliau diberi mandat oleh UMNO untuk berunding dengan PAS dan BERSATU bagi memastikan pertembungan sesama sendiri pada pilihan raya dapat dielakkan serta bagi menentukan bentuk kerjasama pada PRN Melaka selaras mandat diberi MKT.

Bagaimanapun, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih awal membuat pengumuman pada 26 Oktober lalu bahawa semua komponen PN iaitu BERSATU, PAS dan GERAKAN sepakat untuk bertanding pada PRN Melaka menggunakan lambang PN.