Gotong-Royong Mengeratkan, Meningkatkan Ikatan Ukhwah – ADUN Lumadan

Gotong-Royong Mengeratkan, Meningkatkan Ikatan Ukhwah – ADUN Lumadan

0
SHARE
Hj Ruslan bergotong-royong membersihkan padang bola bersama penduduk kampung...

BEAUFORT, SABAH – Golongan belia dan beliawanis turut mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji Ruslan Muharam.

Ruslan telah merasmikan Program Ke Arah Belia dan Beliawanis Cemerlang di Kampung Kukut dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Program ini dikendalikan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Lumadan bersama Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Mukim Padas Damit, di sini Ahad lalu.

Dalam program berkenaan, Ruslan bersama para belia dan beliawanis bergotong-royong membersihkan padang bola yang diwakafkan oleh penduduk kampung.

Ruslan yang juga Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd mengajak belia dan baliawanis perlu melibatkan diri dalam agenda memperkasakan ekonomi masyarakat tempatan dengan menubuhkan koperasi mengikut aktiviti yang ada di kampung masing-masing.

“Dengan wujudnya koperasi kita dpt mewujudkan peluang pekerjaan sekaligus menjana pendapatan mesyarakat malalui komoniti,” ujarnya.

Ruslan juga menyaksikan perlawanan akhir bola tampar dan wanita serta menyampaikan hadiah kepada pemenang dan juga cabutan bertuah kepada penduduk kampung.

Hj Ruslan bersama belia dan beliawanis dalam perlawanan akhir bola tampar…

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program gotong-royong yang sekaligus mengeratkan dan meningkatkan ikatan Ukuwah.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini,” kata Ruslan.

Turut hadir antaranya, Pegawai Pemimpin Masyarakat, Diuslin Agustine; Pegawai Kemajuan Masyarakat, Sobri Abdul Adis; JPKK merangkap Pengerusi Program, Mohd. Lanni Hj. Tawang, Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Pemaju Mukim, Ketua- Ketua Kampung serta para JPKK di Mukim Padas Damit.

Dalam pada itu, Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sabah (AADK) Daerah Beaufort, Yusle Mining turut hadir memberikan sokongan kepada belia dan beliuwanis utk ke arah belia dan beliawanis yang hadir.

Hj Ruslan bersama penduduk kampung mengecat gelanggang bola tampar…

Terdahulu, Ruslan berada di Kg. Belagas bersama belia di sana mengadakan gotong royong, membersih dan mengecat semula gelanggang bola tampar.