PKR Labuan Zahir Ucapan Tahniah Kepada Dr Zaliha

PKR Labuan Zahir Ucapan Tahniah Kepada Dr Zaliha

0
SHARE
Simsudin
Ketua Cabang PKR Labuan Simsudin Sidek ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

LABUAN – Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Labuan Simsudin Sidek menzahirkan ucapan tahniah kepada Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa apabila dilantik memegang portfolio baharu iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Portfolio jawatan itu di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) khusus kepada mentadbir urus tiga wilayah iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Beliau berkata penstrukturan semula dalam pentadbiran kerajaan khususnya di bawah portfolio Wilayah Persekutuan memperlihatkan kerajaan amat prihatin dan komited dalam mengurus tadbir tiga wilayah itu.

Selain itu kerajaan dapat merencana dan melaksanakan dengan baik segala perancangan dan hala tuju Wilayah Persekutuan yang difokuskan khususnya perancangan pembangunan dan ekonomi wilayah.

Bagi Wilayah Persekutuan Labuan, kewujudan portfolio Wilayah Persekutuan merupakan satu berita gembira buat rakyat di pulau bebas cukai ini kerana kerajaan dapat menyalurkan peruntukkan untuk pembangunan dan perkembangan ekonomi di sini.

Di samping kerajaan dapat mendengar dan melihat sendiri permasalahan yang dihadapi oleh rakyat yang perlu diambil perhatian segera dengan keadaan cabaran kehidupan dan kos sara hidup yang tinggi.

Simsudin yang juga merangkap Pengerusi Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Labuan juga turut menyambut baik pengumuman rombakan kabinet kerajaan perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam di Putrajaya.