KUCHING, SARAWAK – Sarawak membenarkan individu lengkap vaksinasi COVID-19 memasuki negeri itu tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula hari ini selari
dengan keputusan kerajaan Persekutuan.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan individu yang ingin memasuki Sarawak masih perlu membuat permohonan dalam laman EnterSarawak.
“Selain itu, mereka harus sertakan bukti status ‘lengkap vaksinasi’ dan keputusan ujian Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) atau Rapid Antigen (RTK-Ag) negatif (sah untuk 3 hari sahaja) serta lain-lain maklumat peribadi yang berkaitan,” menurut JPBN dalam satu kenyataan malam tadi.