KAPAL SELAM AS LANGGAR OBJEK MISTERI, 11 ANGGOTA CEDERA

KAPAL SELAM AS LANGGAR OBJEK MISTERI, 11 ANGGOTA CEDERA

0
SHARE
Kapal selam Amerika Syarikat (AS) - USS Connecticut...(Sumber Foto: Getty Images)

ASIA PASIFIK – USS Connecticut, sebuah kapal selam nuklear milik Amerika Syarikat (AS) dipercayai melanggar sebuah ‘objek misteri’ yang tidak diketahui dan menyebabkan kapal selam itu tenggelam di perairan di wilayah Asia Pasifik yang mana turut mencederakan sejumlah 11 orang krew kapal.

Menurut Pegawai AS, tidak jelas apa yang menyebabkan kejadian itu berlaku pada Sabtu baru-baru ini kerana kapal selam itu dilaporkan tetap “beroperasi sepenuhnya”

Pegawai yang tidak disebutkan namanya itu memberitahu media AS bahawa perlanggaran itu berlaku di perairan antarabangsa di Laut China Selatan dan menyebabkan 11 krew kapal cedera.

Kejadian itu berlaku di tengah ketegangan yang semakin meningkat di rantau ini.

Ketika ini, Tentera Laut AS masih menilaikan anggaran kerosakan yang mana ruang pendorong nuklear kapal selam itu belum terjejas.

Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa tidak ada sebarang kematian ataupun insiden yang mengancam nyawa, hanya dimaklumkan mengenai lokasi kejadian itu berlaku dan jumlah orang krew kapal (pelaut) yang cedera.

Tetapi DUA (2) pegawai yang dipetik oleh Associated Press mengatakan, DUA (2) dari 11 krew kapal yang cedera mengalami kecederaan yang diklasifikasikan sebagai ‘sederhana’.

Kesemua mereka yang cedera telah dirawat di kapal selam ketika ini.

Dalam pada itu, Pegawai-pegawai berkenaan mengatakan kejadian itu berlaku ketika kapal selam itu melakukan operasi rutin dan Tentera Laut tidak menyatakan lebih lanjut operasi berkenaan demi menjaga keselamatan operasi

Menurut AP, para pegawai mengatakan bahawa ‘objek misteri’ yang dilanggar oleh USS Connecticut bukanlah kapal selam lain. Salah seorang pegawai yang dikutip oleh agensi itu mengatakan ia mungkin kapal atau bekas serpihan kapal yang tenggelam, atau benda lain yang belum dikenal pasti lagi.

Alexander Neill, seorang pakar pertahanan dan keselamatan yang berpangkalan di Singapura, mengatakan kepada BBC jumlah kecederaan yang disebabkan oleh perlanggaran itu menunjukkan kapal selam itu mungkin ‘melanggar sesuatu yang besar’ dan ‘bergerak dengan pantas’.

Tambahnya lagi, kejadian itu “tidak biasa, tetapi tidak pernah didengar” dan telah mendedahkan betapa sibuknya kawasan itu dengan aktiviti ketenteraan.

“Laut China Selatan telah semakin tepu (penuh) dengan kapal-kapal angkatan (tentera) laut dari sejumlah negara yang berbeza. Walaupun terdapat banyak kekuatan oleh kapal berada pada permukaan air, anda tidak melihat tahap aktiviti di bawah permukaan air,” kata Mr Neill.

Dalam komen yang dilaporkan oleh harian harian China, Global Times, seorang jurucakap kementerian luar negeri mengatakan bahawa China “sangat prihatin” mengenai kejadian itu dan meminta AS untuk memberikan perincian lebih lanjut, termasuk tujuan misi tersebut.

Terkini, kapal selam itu kemudian dilaporkan menuju ke wilayah AS di Guam.

USNI News, sebuah laman web yang khusus dalam Tentera Laut AS mengatakan kejadian terakhir yang diketahui di mana kapal selam AS yang tenggelam menyerang objek bawah laut yang lain adalah pada tahun 2005, ketika USS San Francisco melanggar gunung bawah laut dengan kelajuan penuh dekat Guam. Kejadian itu menyebabkan seorang pelaut mati dalam kejadian itu.