Lelaki Tetak Rakan Guna Kapak Ditahan Polis di Tawau

Lelaki Tetak Rakan Guna Kapak Ditahan Polis di Tawau

0
SHARE

TAWAU: Seorang lelaki warga tempatan berusia sekitar 47 tahun ditahan polis selepas bertindak menetak rakannya menggunakan sebilah kapak dalam satu kejadian di Kampung Pangkalan Asli Merotai Besar, di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala sebelum mendapatkan rawatan di sebuah klinik berdekatan dan membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Tawau. ACP Jasmin Hussin berkata, susulan laporan tersebut, sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai telah mengesan suspek di sebuah rumah tanpa nombor di kampung berkenaan.

“Suspek kemudiannya membawa polis ke lokasi penyimpanan kapak yang dipercayai digunakan dalam serangan itu.

“Suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.