PAS Sabah Ajak Rakyat Berpakaian Hitam Pada Hari Kebangsaan, Tuntut Keadilan Untuk...

PAS Sabah Ajak Rakyat Berpakaian Hitam Pada Hari Kebangsaan, Tuntut Keadilan Untuk Zara Qairina

0
SHARE

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya PAS Sabah, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan, menggesa rakyat memakai pakaian berwarna hitam pada sambutan Hari Sabah, Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sebagai tanda solidariti serta desakan keadilan berhubung kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina.

“Kes ini bukan sekadar tragedi peribadi, tetapi isu kemanusiaan dan keadilan yang menyentuh hati seluruh rakyat Sabah dan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata warna hitam dipilih sebagai simbol dukacita dan tuntutan keadilan, dan tindakan itu akan dilakukan secara aman, berhemah serta mengikut lunas Perlembagaan.

Aliakbar turut menggesa pihak berkuasa memaklumkan perkembangan terkini siasatan, sambil menegaskan bahawa rakyat memerhati, menilai, dan menuntut ketelusan.

“Saya menyeru seluruh rakyat untuk menjadikan suara keadilan ini satu gelombang yang tidak dapat diabaikan,” katanya.