SANDAKAN: Tiga buah rumah tidak kekal musnah dalam kebakaran di Jambatan 5, Kampung Gas Tengah, petang semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata, panggilan kecemasan diterima jam 1.41 tengah hari dan jentera tiba di lokasi 15 minit kemudian.
“Api berjaya dikawal pada 2.19 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.51 petang.
“Tiada mangsa cedera atau terkorban, manakala 37 rumah lain berjaya diselamatkan,” katanya.
Operasi melibatkan 14 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.






