LAHAD DATU: SPRM Sabah menahan seorang penjawat awam dan seorang pesara kerajaan berusia 40-an hingga 60-an kerana disyaki pecah amanah kira-kira RM303,000.
Kedua-dua suspek ditahan tengah hari tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Lahad Datu.
Mereka dipercayai menyalahgunakan lapan baucar bayaran kepada buruh asing antara Julai 2020 hingga Februari 2021, sedangkan bayaran tidak dibuat.
Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah mengesahkan kes disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.






