Alza Lawan Arus Kawalan Punca Kemalangan Maut di Jalan Papar Lama

Alza Lawan Arus Kawalan Punca Kemalangan Maut di Jalan Papar Lama

0
SHARE

PENAMPANG: Polis mengesahkan kemalangan maut yang berlaku di Jalan Papar Lama awal pagi tadi berpunca daripada pemandu motokar yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD).

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Supt. Sammy Newton, siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun, dalam perjalanan dari arah Penampang menuju Papar ketika kejadian berlaku kira-kira jam 5.15 pagi.

“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua penumpang motokar cedera dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan.

“Tujuh remaja berusia 14 tahun yang menaiki 4WD turut terlibat, dengan dua daripada mereka mengalami kecederaan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.