Lelaki 20 Tahun Lemas Menangkap Ikan di Kuala Penyu

Lelaki 20 Tahun Lemas Menangkap Ikan di Kuala Penyu

0
SHARE

KUALA PENYU: Seorang lelaki berusia 20 tahun ditemui lemas ketika melakukan aktiviti menangkap ikan di Kampung Batu Linting, di sini, pada Isnin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.15 tengah hari melalui talian MERS999.

Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu digerakkan ke lokasi sejauh 21 kilometer.
“Mangsa ditemui pada jam 1.45 petang kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Operasi ditamatkan pada jam 3.57 petang dengan kerjasama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan KKM.