Anggota Sabah Electricity Dikhuatiri Lemas Dibawa Arus Deras di Keningau

Anggota Sabah Electricity Dikhuatiri Lemas Dibawa Arus Deras di Keningau

0
SHARE

KENINGAU: Seorang lelaki dipercayai kakitangan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi jambatan di Kampung Nuntunan Apin-apin, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.57 malam.

Susulan itu, pihaknya mengerahkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau ke lokasi dengan sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS.

Komander Operasi, PBK I Norhasrita Abdul Manan berkata, tiga orang anggota SESB terlibat dalam insiden berkenaan. 

“Dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 30-an yang memakai vest SESB telah dihanyutkan arus dan masih belum ditemui.

“Pasukan bomba kini sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai mangsa dan kronologi kejadian serta melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di persisiran sungai,” katanya dalam kenyataan itu.

Operasi SAR masih diteruskan setakat ini.