Pokok Tumbang Hempap Axia di Sandakan, Seorang Cedera Ringan

Pokok Tumbang Hempap Axia di Sandakan, Seorang Cedera Ringan

0
SHARE

SANDAKAN: Seorang lelaki cedera ringan selepas kereta Perodua Axia yang dinaikinya dihempap sebatang pokok tumbang berhampiran Sabah Hotel, malam Isnin.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kejadian berlaku sekitar jam 8 malam dan membabitkan dua mangsa lelaki berusia 58 dan 24 tahun.

“Seorang mangsa cedera ringan dan dihantar ke hospital oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), manakala seorang lagi tidak mengalami kecederaan,” kata jurucakap agensi dalam kenyataan.

Pasukan dari Balai Bomba Sandakan yang tiba tujuh minit selepas panggilan diterima bertindak memotong dahan pokok menggunakan gergaji berantai dan parang sebelum operasi ditamatkan pada jam 9.58 malam.

Operasi disertai tujuh anggota bomba dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).