TYT dan KM Berbuka Puasa Bersama Warga Divisyen Infantri Kelima

TYT dan KM Berbuka Puasa Bersama Warga Divisyen Infantri Kelima

0
SHARE

PUTATAN: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Divisyen Infantri Kelima di Dewan Kinabalu, Kem Lok Kawi, di sini, semalam.

Tun Musa yang diiringi isterinya, Toh Puan Faridah Tussin, manakala Hajiji diiringi Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag, disambut oleh Panglima Divisyen Infantri Kelima, Mejar Jeneral Shamsor Haji Jaafar sejurus ketibaan di lokasi majlis.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun serta pegawai kanan tentera.

Majlis berbuka puasa itu turut menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan negeri dengan anggota keselamatan yang berkhidmat menjaga keamanan dan kedaulatan negara.