Pihak Tidak Bertanggungjawab Guna Logo TV3 Sebar Maklumat Minyak Palsu

Pihak Tidak Bertanggungjawab Guna Logo TV3 Sebar Maklumat Minyak Palsu

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Pihak tidak bertanggungjawab dikesan menggunakan logo dan identiti visual Buletin TV3 bagi menyebarkan maklumat palsu berkaitan harga minyak yang kini tular di media sosial.

Menurut laporan asal Buletin TV3 hari ini, pihaknya menegaskan bahawa mereka tidak pernah menerbitkan atau mengeluarkan sebarang maklumat mengenai harga minyak seperti yang disebarkan.

Sehubungan itu, Buletin TV3 akan membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan tindakan serta siasatan lanjut dijalankan terhadap penyebaran maklumat tidak sah berkenaan.

Dalam pada itu, Buletin TV3 memaklumkan bahawa mereka sebelum ini ada menghasilkan poster berkaitan perkembangan harga minyak, namun kandungan tersebut disediakan berpandukan rujukan rasmi daripada Kementerian Kewangan (MOF).