KOTA BELUD: Semangat silaturahim dan perpaduan terus diperkukuh menerusi Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Datuk Fairuz Rendaan yang dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sebagai tetamu kehormat.
Majlis berlangsung dalam suasana meriah dan menjadi platform mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, selain bertukar pandangan mengenai pembangunan negeri.
Hajiji turut berinteraksi secara santai dengan bekas Ketua Menteri, Salleh Said Keruak, dalam perbincangan ringkas berkaitan kesejahteraan Sabah.
Program itu juga menyaksikan penyampaian sumbangan duit raya kepada golongan memerlukan sebagai tanda keprihatinan.
Turut hadir beberapa pemimpin tempatan termasuk Datuk Ghulam Haidar Khan, Datuk Arsad Bistari, Datuk Japlin Akim dan Datuk Musbah Jamli.






