KOTA KINABALU, SABAH – Peningkatan sebanyak 115 kes baharu COVID-19 melonjak kumulatif kepada 565 KES hari ini.
Sebanyak 20 daerah mencatatkan peningkatan kes manakala cuma 7 daerah mencatatkan penurunan.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, LIMA (5) daerah mencatatkan peningkatan yang agak tinggi iaitu Beaufort +30 kes, Kota Marudu +25 kes, Keningau +19 kes, Papar2 +19 kes dan Beluran +11 kes.
“Hanya dua daerah mencatatkan penurunan signifikan iaitu Kinabatangan -27 kes dan Tawau -12 kes,” jelasnya.
Jumlah kes melalui saringan bergejala kekal tinggi, iaitu 213 atau 37 peratus (37.70%) daripada kes keseluruhan.
Masidi berkata angka tinggi itu harus menjadi peringatan agar penduduk Sabah tidak lalai dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).
“Penarikan balik sekatan kegiatan ekonomi dan sosial tertentu telah merancakkan aktiviti yang melibatkan perjumpaan dan perhimpunan sama ada di tempat kerja atau di tempat awam…
“Ini meningkatkan risiko jangkitan virus secara sporadik,” tegasnya.
Dalam pada itu, satu (1) kluster baharu dilaporkan di Kg Kimolohing, Ranau.
Kluster tersebut tercetus melalui majlis sambutan harijadi seorang penduduk (kes indeks) yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai.
“Sambutan hari jadi turut diadakan di rumah ahli keluarga lain yang dihadiri oleh kes indeks. Setakat ini 49 orang disahkan positif jangkitan COVID-19,” kata Masidi.
Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sentiasa berusaha memperkemaskan data kes harian melalui pengurusan kes-keslewat daftar secepat yang mungkin.
“Hari ini jumlah kes yang lewat daftar telah berkurangan secara signifikan. Sebanyak 70 peratus (70.62%) atau 399 daripada kes hari ini adalah kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu…
“Sebanyak 96 peratus (96.11%) daripada keseluruhan kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2.
“Tiga (3) kes berada dalam Kategori 3, dua (2) kes dalam Kategori 4 dan dua (2) kes dalam Kategori 5. Sejumlah 15 kes lagi masih dalam penilaian,” kata Masidi.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (26 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Ranau – 59 (54)
Kota Belud – 55 (64)
Keningau – 49 (30)
Kota Kinabalu – 49 (43)
Beaufort – 48 (18)
Tenom – 40 (36)
Kota Marudu – 38 (13)
Papar – 27 (8)
Tuaran – 23 (30)
Kudat – 22 (18)
Tambunan – 19 (10)
Penampang – 19 (21)
Beluran – 17 (6)
Lahad Datu – 17 (10)
Sipitang – 13 (7)
Sandakan – 10 (8)
Pitas – 9 (3)
Telupid – 8 (2)
Tongod – 8 (0)
Kinabatangan – 6 (33)
Kunak – 6 (2)
Nabawan – 6 (2)
Putatan – 6 (10)
Tawau – 5 (17)
Kuala Penyu – 3 (2)
Kalabakan – 2 (1)
Semporna – 1 (2)