KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) harus bertanggungjawab atas pelanggaran akta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana menggunakan perkataan Armada yang tiada dalam perlembagaan parti.
Menurut laporan portal KLXpress, bekas Exco Armada, Mohd Syazwan Ahmad Zainal dipetik berkata bahawa PPBM telah melakukan kesalahan mengikut Akta Perrtubuhan 1966 yang mana ia membolehkan pendaftaran parti terbabit dibatalkan.
“Perkara ini telah dijelaskan oleh ROS bahawa penggunaan perkataan Armada tidak sah kerana ia tiada dalam perlembagaan parti.
“Ini membolehkan pihak ROS membatalkan pendaftran mana-mana parti jika mereka gagal untuk mematuhi akta yang telah ditetapkan,” katanya.
Mohd Syazwan berkata, sehingga hari ini pihak ROS masih belum meluluskan sebarang pindaan membabitkan penggunaan istilah Armada.
Oleh itu katanya, pengurusan tertinggi parti harus bertanggungjawab kerana perlanggaran akta pertubuhan ini.
“Apa yang menjadi tanda tanya barisan tertinggi parti adalah orang yang berpengalaman dalam arena politik negara tetapi masih gagal untuk mematuhi peraturan.
“Malah kesalahan ini juga tidak pernah ditegur oleh mana-mana pemimpin dalam parti berkenaan, sepert mereka mempunyai agenda tertentu dalam PPBM,” katanya.