Wanita Maut Dalam Kenderaan Berparkir Di Pusat Beli Belah Penampang

Wanita Maut Dalam Kenderaan Berparkir Di Pusat Beli Belah Penampang

0
SHARE
Bomba
Seorang pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kematian mangsa wanita berusia 39 tahun yang terkunci dalam kenderaan ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

PENAMPANG, SABAH – Seorang wanita ditemui maut dalam sebuah Perodua Bezza yang berparkir di belakang pusat beli belah ITCC, di sini, kira-kira pukul 7.15 pagi tadi.

Difahamkan mangsa berusia 39 tahun pada ketika itu berada di ruang pemandu kenderaan yang terkunci.

Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mayat dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Penampng Supt Sammy Newton berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi.

“Mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

“Pihak polis turut mengesahkan bahawa tidak terdapat sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (sudden death report),” katanya dalam sebuah kenyataan.