DBKK Tunda Proton Waja Menghalang Jalan, Pengajaran RM200 Kepada Pemilik

DBKK Tunda Proton Waja Menghalang Jalan, Pengajaran RM200 Kepada Pemilik

0
SHARE
Antara kenderaan yang dikompaun DBKK...(Sumber Foto: Ihsan DBKK)

KOTA KINABALU, SABAH – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menunda sebuah Proton Waja yang menghalang lalu lintas di Jalan Tun Fuad Stephens Rabu lalu.

Pemilik kenderaan terbabit telah menjelaskan bayaran kos penundaan berjumlah RM100 serta kompaun berjumlah RM100 dan kenderaanya diserahkan semula.

Penundaan terbabit dibuat Jabatan Penguatkuasaan telah dalam Ops Tunda di sekitar Jalan Tun Fuad Stephens dan Jalan 20.

Jelas DBKK, operasi tindakan khas tersebut turut melihat 19 keping kompaun dikeluarkan terhadap individu-individu yang didapati ingkar dan melakukan kesalahan di bawah Undang-undang Kecil (Peruntukan Tempat-tempat Letak Kereta Awam) (Letak Kereta Berkupon, Bandaraya Kota Kinabalu, 2014).

“Operasi yang bermula pada pukul 3 petang hingga 11 malam itu telah dilaksanakan oleh seramai 9 orang anggota penguat kuasa.

“Masyarakat awam diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dan tidak meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dikhaskan sehingga boleh menyebabkan gangguan kepada aliran lalu lintas,” katanya dalam sebuah kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, Pelaksanaan Ops Tunda akan diteruskan secara berkala bagi mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran warga bandar raya Kota Kinabalu untuk terus menghormati dan memelihara kedaulatan undang-undang yang berkuat kuasa.