SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi lawatan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ke lokasi kebakaran Kampung Bahagia serta meninjau keadaan mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini, pada Rabu.
Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Sandakan kira-kira jam 3.35 petang sebelum menerima taklimat mengenai tragedi kebakaran daripada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Walter Kenson di bilik kenamaan lapangan terbang berkenaan.
Beliau bersama Ketua Menteri kemudian berangkat ke Kampung Bahagia bagi meninjau sendiri lokasi kejadian serta melihat tahap kemusnahan yang dialami kawasan penempatan tersebut.
Lawatan diteruskan ke PPS Dewan PPR Taman Batu Sapi bagi meninjau keadaan mangsa serta menyantuni keluarga yang terjejas akibat kebakaran berkenaan.
Perdana Menteri kemudiannya berlepas pulang kira-kira jam 5.50 petang selepas selesai lawatan kerja tersebut.






