KOTA KINABALU: ADUN Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin menggesa kerajaan memberi perhatian segera terhadap isu asas di kawasan Pedalaman, khususnya melibatkan keperluan rakyat di Nabawan.
“Jika kita benar-benar mendengar denyut nadi rakyat… masih banyak perkara asas yang perlu kita beri perhatian segera, bukan esok bukan lusa, tetapi hari ini,” katanya ketika membahas di DUN Sabah.
Beliau membangkitkan isu pemilikan tanah yang masih belum diselesaikan, kegagalan sebahagian penduduk mendapatkan bantuan pertanian, serta masalah infrastruktur seperti banjir, jalan terputus dan sistem saliran tidak sempurna.
Abdul Ghani turut menekankan keperluan menaik taraf jalan, bekalan air dan elektrik, di samping memperkasa sektor pertanian dan pembangunan modal insan bagi mengurangkan jurang luar bandar.






