Lelaki Ditahan, Diesel Bersubsidi RM68,645 Dirampas Dalam Op Tiris Penampang

Lelaki Ditahan, Diesel Bersubsidi RM68,645 Dirampas Dalam Op Tiris Penampang

0
SHARE

PENAMPANG: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun dan merampas kira-kira 300 liter minyak diesel bersubsidi dalam operasi Op Tiris awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, tangkapan dibuat hasil risikan berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan tanpa kelulusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Bertindak atas maklumat, pasukan BKDNKA menjalankan pemantauan di sebuah stesen minyak sebelum menahan suspek yang dipercayai membeli dan mengumpul diesel secara tidak sah menggunakan lori satu tan yang diubah suai dengan tangki kanvas.

Turut dirampas sebuah lori, kad bank, telefon bimbit serta beberapa barangan lain dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM68,645.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan suspek bersama barang kes diserahkan kepada KPDN Sabah untuk tindakan lanjut.

“Kami akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras penyelewengan barang kawalan demi menjaga kepentingan negara dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.