Pembubaran DUN Sabah, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Putuskan 21 Ogos Semakan Boleh...

Pembubaran DUN Sabah, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Putuskan 21 Ogos Semakan Boleh Diadili Atau Tidak

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini memutuskan tarikh 21 Ogos sebagai semakan sama ada menerima atau menolak semakan kehakiman 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadapa keputusan Yang Dipertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak selama lebih empat (4) jam hari ini.

Beliau turut membenarkan permohonan peguam Tengku Fuad Ahmad untuk menyerahkan jawapan bertulis sebagai jawapan kepada hujahan lisan oleh peguam mewakili para responden (33 ADUN).

Tengku Fuad Tengku Ahmad, peguam yang mewakili 33 ADUN berkata Peguam Besar Sabah memutuskan untuk membangkitkan beberapa perkara (poin) baru sebentar tadi di mana perkara itu tidak diarahkan oleh Hakim untuk dikemukakan.

“Mereka mengemukakan poin (perkara) baru yang tidak diarahkan oleh hakim untuk mengemukakannya, dan kerana poin (perkara) baru itu telah mengejutkan kami.

“Itulah sebabnya perkara ini mengambil masa lebih lama hari ini kerana peguam tidak mengikut arahan dan mula membuat hujah yang berbeza, anda tahu itu adalah tidak ADIL,” katanya lagi.

Tengku Fuad Ahmad ketika ditemui para pemberita di lobi Mahkamah Tinggi Kota Kinabal, Sabah…

Beliau turut berkata bahawa responden yang diwakilinya tidak berhak untuk mencabar keputusan TYT.

“Mereka turut mengatakan bahawa 33 ADUN di belakang saya tidak berhak untuk mencabar keputusan TYT, mereka tidak mempunyai hak di mahkamah dan tentu saja itu salah,” tambah beliau yang ditemui pemberit di lobi Mahkamah.

Atas perkara tersebut beliau meminta kepada Hakim untuk memberikan jawapan secara bertulis kepada mahkamah pada hari Rabu ini sebelum membuat keputusan pad Jumaat (21 Ogos) ini.

Pada masa yang sama, Peguam Besar Sabah, Brenndon Ketih Soh yang mewakili Yang Dipertua Negeri, Ketua Menteri dan kerajaan negeri berkata, mahkamah menetapkan hari Jumaat depan selepas peguam plaintif memohon memberikan jawapan bertulis terhadap hujahan yang dikeluarkan pihaknya.

“Plaintif mahu memberikan jawapan secara bertulis kepada mahkamah pada hari Rabu ini sebelum membuat keputusan Jumaat depan…

“Kami masih kekal dengan hujahan bahawa keputusan pembubaran DUN Sabah tidak boleh dicabar,” katanya ketika ditemui di lobi mahkamah.

Semakan kehakiman itu difailkan pada 7 Ogos lalu.

Permohonan berkenaan meletakkan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sebagai RESPONDEN PERTAMA, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku RESPONDEN KEDUA, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai RESPONDEN KETIGA dan kerajaan negeri selaku RESPONDEN KEEMPAT.