SPR Tetapkan PRN Sabah Pada 26 September Ini, Tempoh Berkempen 14 Hari

SPR Tetapkan PRN Sabah Pada 26 September Ini, Tempoh Berkempen 14 Hari

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu sidang media khas sebentar tadi di sini telah menetapkan 26 September (Sabtu) ini sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom, berkata hari penamaan calon pula ditetapkan pada 12 September (Sabtu), manakala hari mengundi awal pada 22 September (Selasa).

Azmi turut memaklumkan bahawa tempoh berkempen ditetapkan selama 14 HARI bermula selepas pengisytiharan calon bertanding hingga jam 11.59 malam, 26 September.

Dr Azmi Sharom…

SPR turut memutuskan melanjutkan waktu membuang undi selama 30 minit.

Pada masa yang sama, Azmi menjelaskan bahawa waktu membuang undi bagi PRN diawalkan bermula 7.30 pagi hingga 5 petang berbanding 8 pagi hingga 5 petang pada PRU lalu.

Untuk rekod, bilangan pengundi berdaftar adalah seramai 1,124,598 juta orang di Sabah di mana jumlah tersebut dikenal pasti bakal untuk membuang undi pada PRN kali ini.