Ketua Menteri Hadir Majlis Penyerahan Lembu Korban di IPD Tuaran

Ketua Menteri Hadir Majlis Penyerahan Lembu Korban di IPD Tuaran

0
SHARE

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Penyerahan Lembu Korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, di sini, pada Rabu.

Dalam majlis tersebut, Hajiji bersama Ahli Parlimen Tuaran merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Wilfred Madius Tangau; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai; ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya serta ADUN Dilantik, Datuk Abdul Kassim Razali menyerahkan secara simbolik lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran, Noraidin Ag Maidin.

Terdahulu, Hajiji menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Haji Noor, Kampung Serusup, Tuaran bersama penduduk sekitar.

Beliau turut mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah selepas selesai menunaikan solat sunat Aidiladha sebagai tanda penghargaan dan semangat kebersamaan sempena sambutan hari kebesaran Islam itu.