Kunjungan Hormat Duta Ukraine Simbol Persahabatan Dengan Sabah

Kunjungan Hormat Duta Ukraine Simbol Persahabatan Dengan Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan kunjungan hormat Duta Besar Ukraine ke Malaysia, Hennadii Nadolenko sebagai simbol hubungan persahabatan antara Ukraine dan Sabah.

Beliau berkata, Sabah sentiasa terbuka untuk memperkukuh hubungan antarabangsa khususnya dalam bidang perdagangan, pendidikan, pelaburan dan pembangunan ekonomi.

“Sabah sentiasa terbuka untuk memperkukuh hubungan antarabangsa khususnya dalam bidang perdagangan, pendidikan, pelaburan dan pembangunan ekonomi,” katanya semasa menerima kunjungan hormat daripada Dr Nadolenko di Menara Kinabalu, pada Selasa.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri berharap hubungan yang terjalin itu mampu membuka lebih banyak peluang kerjasama yang memberi manfaat bersama kepada kedua-dua pihak.

Pertemuan tersebut turut menjadi platform mempererat hubungan diplomatik selain meneroka potensi kerjasama strategik antara Sabah dan Ukraine dalam pelbagai sektor berkepentingan.