KOTA KINABALU, SABAH – Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas berjaya menjerat seekor ular yang telah membaham DUA (2) ekor kucing di sebuah rumah di Taman Melawa Jaya, Sepanggar, pagi tadi.
Difahamkan ular sawa batik sepanjang 12 meter itu telah menyusup ke dalam sebuah sangkar kucing namun hanya disedari seorang penghuni wanita rumah berkenaaan apabila sudah terlambat.

BBP Lintas menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada jam 8.48 pagi.
Ketua Balai, PkpgB Agustavia Joe Guasi berkata, terdapat seekor lagi kucing yang telah mati dililit ular tersebut ditemui dalam sangkar yang sama.
“Pasukan bomba berjaya menangkap ular itu dengan menggunakan peralatan khas,” katanya sambil menambah bahawa ular itu akan dilepaskan di sebuah kawasan yang jauh dari perumahan.





