PENAMPANG: Seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun ditemukan maut dalam keadaan tertiarap di kawasan hutan Kampung Togudon pada kira-kira jam 6 pagi Isnin.
Mangsa dipercayai kali terakhir dilihat oleh keluarganya pada petang Rabu lalu (10 Jun) sebelum memasuki hutan untuk memeriksa pukat kelawar miliknya.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah dipercayai akibat dihempap pokok yang ditebang sendiri.
Sebuah mesin pemotong kayu serta barangan peribadi turut ditemui berhampiran lokasi.
“Pemeriksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang bersama pasukan forensik IPK Sabah mendapati tiada unsur jenayah.
“Berdasarkan pemerhatian awal di lokasi, mangsa dipercayai cedera parah akibat dihempap pokok yang ditebang sendiri dan tiada unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan.






