SAFMA Hargai Mohd Isquzawan,Lantik Khazarudin Timbalan Pengerusi Baharu

SAFMA Hargai Mohd Isquzawan,Lantik Khazarudin Timbalan Pengerusi Baharu

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sabah Fish Marketing Sdn. Bhd. (Sabah Fish Marketing Sdn. Bhd. (SAFMA)) telah mengadakan majlis penghargaan bagi meraikan jasa Mantan Timbalan Pengerusi, Mohd Isquzawan Israq Datuk Arsit, atas sumbangan beliau dalam pembangunan dan kemajuan syarikat.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi SAFMA, Datuk Mohammad Mohamarin, yang turut mengalu-alukan pelantikan Khazarudin Kahar sebagai Timbalan Pengerusi baharu.

Mohamarin berkata sumbangan Mohd Isquzawan amat dihargai kerana membantu memperkukuh hala tuju SAFMA dalam memperkasa industri perikanan dan pemasaran hasil laut di Sabah.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa pelantikan Khazarudin Kahar akan memperkukuh lagi barisan kepimpinan SAFMA dalam meneruskan agenda pembangunan syarikat serta meningkatkan daya saing industri perikanan negeri.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Burhan Jafar, Timbalan Pengurus Besar Azis Ali Amat, ahli lembaga pengarah serta warga kerja SAFMA.