Wetrom Sah Tanding Di Kampung Halamannya Matunggong

Wetrom Sah Tanding Di Kampung Halamannya Matunggong

0
SHARE

KOTA MARUDU: Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Wetrom Bahanda mengesahkan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Wetrom berkata, keputusan ‘berhijrah’ dari DUN Bandau ke kampung halamannya itu dibuat selepas menerima permintaan kuat daripada akar umbi di Matunggong.

“Saya yakin rakyat Matunggong mahukan perubahan seperti yang ditunjukkan rakyat Kota Marudu pada PRU15 lalu. 

“Walaupun bukan tugas mudah, saya bersedia berkhidmat untuk mereka,” katanya selepas melancarkan jentera PRN17 KDM bagi kawasan DUN Matunggong, Bandau dan Tandek semalam.

Wetrom yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu sebelum ini memenangi kerusi DUN Bandau pada PRN16 dan mencipta kejutan menewaskan Presiden PBS ketika itu, Datuk Dr Maximus Ongkili pada PRU15.

Sementara itu, beliau mengesahkan KDM akan bertanding di 36 kerusi DUN pada PRN17, dengan beberapa lagi masih dalam penilaian.

“Kita akan bergerak solo pada PRN kali ini,” katanya.