HUNGARY – Penerjun wanita negara Cheong Jun Hoong memenangi pingat emas acara 10 meter platform seirama individu pada Kejohanan Terjun Dunia di Budapest, Hungary, hari ini.
Ia sekali gus menyaksikan sejarah baru tercipta kerana Malaysia sebelum ini tidak pernah memenangi emas acara itu pada kejohanan bertaraf dunia melainkan perak menerusi Jun Hoong dan Pandelela Rinong pada Sukan Olimpik 2016 di Rio.
Menurut laporan akhbar Harian Metro, Jun Hoong menewaskan juara dunia Ren Qian serta Si Yajie dari China dengan mengumpul 397.50 mata.
Qian dan Yajie masing-masing meraih perak dan gangsa dengan 396.00 dan 391.95 mata.
Kejayaan itu menyaksikan lagu Negaraku berkumandang di Stadium Renang Kebangsaan Alfred Hajos.
Bagaimanapun, dalam acara individu, Pandelela menamatkan saingan pada kedudukan kesembilan daripada 10 penerjun dengan mengumpul 322.40 mata.