PM ANWAR IBRAHIM TIDAK HADIR KE PERHIMPUNAN BN SABAH

PM ANWAR IBRAHIM TIDAK HADIR KE PERHIMPUNAN BN SABAH

0
SHARE
Poster hebahan program Himpunan Barisan Nasional (BN) Sabah yang dijadualkan akan diadakan di Sandakan pada 21 Julai 2024 yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

KOTA KINABALU, SABAH – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir ke perhimpunan Barisan Nasional (BN) Sabah yang telah dijadualkan untuk diadakan di Sandakan hari ini.

Poster hebahan tentatif program Himpunan Barisan Nasional (BN) Sabah akan diadakan di Sandakan pada 21 Julai 2024 yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dikatakan mempunyai jadual yang begitu ketat di ibu negara hari ini susulan kehadiran ramai ketua-ketua negara ke Malaysia selepas menghadiri pertabalan DYMM Yang di-Pertuan Agong kelmarin.

Anwar juga dijadualkan akan bertemu dengan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 pada jam 2 petang hari ini di Cyber Event Hall Cyberjaya, Selangor.

Dalam pada itu, sebelum ini Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar dalam satu kenyataan berharap agar Perdana Menteri Malaysia itu tidak hadir ke Himpunan Barisan Nasional (BN) Sabah di Sandakan hari ini sebagai langkah untuk menjaga keharmonian di antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk Kerajaan Negeri Sabah ketika ini.

Zulkarnain
Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar…

Zulkarnain turut berkata, sebelum ini wujud cadangan untuk menggabungkan komponen BN dan PH untuk menentang GRS pada PRN-17 akan datang

Justeru katanya tindakan kepimpinan UMNO Sabah cuba mengadakan perhimpunan BN sambil menjemput Perdana Menteri dilihat satu lagi strategi untuk menjayakan misi untuk memporak-perandakan kesatuan GRS dan PH.

Dalam kenyataan lain pula, penganalisis politik turut berpandangan Sabah ketika ini cuba dijadikan negeri selamat oleh UMNO selain Johor Baharu.

“Umum mengetahui UMNO sebenarnya telah ditolak sepenuhnya oleh pengundi di Semenanjung Malaysia…

“Oleh sebab itu, kepimpinan UMNO telah meletakkan pengharapan yang menggunung kepada Datuk Seri Bung Moktar kononnya Sabah boleh dijadikan sebagai kubu kuat UMNO walaupun ianya sekadar angan-angan indah,” tambah penganalisis politik itu lagi yang enggan namanya disebut.