Lima Kenderaan Dihempap Pokok Tumbang Dekat BSN Tamparuli

Lima Kenderaan Dihempap Pokok Tumbang Dekat BSN Tamparuli

0
SHARE
Bomba
Antara kenderaan yang rosak dihempap pokok tumbang ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

TUARAN, SABAH – Sebanyak lima buah kenderaan yang diletak di belakang BSN di Pekan Tamparuli, sini, mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang pada Sabtu.

Kenderaan terlibat dalam insiden kira-kira 1.30 tengah hari itu termasuk dua Toyota Hilux, dua lori dan sebuah Proton Persona.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, sepasukan enam Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran bertindak memotong dan mengalihkan pokok tumbang menggunakan gergaji berantai.

Mengulas lanjut, katanya tiada mangsa dilaporkan terlibat dan setelah memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 4.33 petang.