SPRM Digesa Tubuh Segera Pasukan Khas Siasat Shafie Apdal Cuba Bantu Selesai...

SPRM Digesa Tubuh Segera Pasukan Khas Siasat Shafie Apdal Cuba Bantu Selesai Kes Saman BSSB Ke Atas Christina Liew Bernilai RM557 Juta

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Gerakan Anti Rasuah Malaysia (GERAM) mendesak pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya agar segera menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kemungkinan wujudnya salah guna kuasa oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal untuk menyelesaikan kes saman di antara anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah, Borneo Samudera Sdn Bhd (BSSB) yang bernilai RM557 juta ke atas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi PKR, Christina Liew.

Pada 04 Julai, Shafie mengumumkan kira-kira 2,000 peserta Ladang Bagahak, Lahad Datu akan menerima pemberian tanah yang mereka usahakan hasil usahasama dengan Sawit Kinabalu.

Portal media tempatan yang turut menyiarkan majlis penyerahan simbolik geran tanah kepada peserta ladang Bagahak…
Portal media tempatan yang turut menyiarkan majlis penyerahan simbolik geran tanah kepada peserta ladang Bagahak…
Portal media tempatan yang turut menyiarkan majlis penyerahan simbolik geran tanah kepada peserta ladang Bagahak…

Penyerahan geran tanah secara simbolik kepada pekebun kecil berkenaan turut diadakan pada majlis yang sama.

Mahkamah sebelum ini telah mengarahkan tiga (3) orang iaitu Siti Rahfizah Mihaldin, Samsuri Baharudin dan Christina Liew (Timbalan Ketua Menteri Sabah) untuk membayar sejumlah wang bernilai RM557 juta selepas disaman oleh BSSB. Mereka bersama-sama didapati bersalah kerana sengaja merancang dan menganjurkan untuk menyalahi undang-undang yang melanggar pelanggaran JVA (Joint Venture Agreement) untuk memperoleh milik kira-kira 819 pekebun kecil (tanah JV kira-kira 12,000 ekar) untuk kegunaan dan manfaat mereka sendiri, mengetahui bahawa lot tersebut telah disuntik ke JV syarikat dan tanah itu telah dibangunkan sepenuhnya oleh syarikat JV dan BSSB sesuai dengan JVA.

Christina Liew bersama dua (2) orang yang lain diperintahkan membayar RM557 Juta kepada Borneo Samudera Sdn Bhd kerana dengan sengaja menipu menukar nama geran peserta ladang dalam masa yang sama peserta masih terikat lagi dengan BSSB
(Sumber foto dipetik daripada Daily Ekspress Online, 26 Okt 2014)

Menurut GERAM, sesuatu yang agak pelik berlaku di sini, susulan perkembangan terkini pengumuman oleh Shafie Apdal di mana Kerajaan Negeri Sabah telah menyerahkan tanah kepada 2,000 peserta dan dalam masa yang sama, peserta termasuk tanah inilah yang menyebabkan Christina diperintahkan untuk membayar saman berjumlah RM557 juta tersebut.

“Memetik kenyataan Shafie semasa penyerahan geran kepada penduduk di Bagahak yang turut disiarkan melalui portal media tempatan, beliau mahukan syarikat swasta yang terlibat melalui pertikaian tanah tersebut agar tidak memanjangkan lagi isu itu ke Mahkamah dan kenyataan Shafie ini jelas menunjukkan berlakunya salah guna kuasa.”

Kenyataan Shafie yang disiarkan oleh portal media tempatan…

Sehubungan dengan itu, GERAM telah mengarahkan dan meminta kepada kesemua ahli-ahli termasuk aktivis dan ahli politik yang benci kepada rasuah agar tampil membuat laporan rasmi di pejabat SPRM bermula selasa hadapan ini.

Untuk rekod sebelum ini pada 02 Okt 2018, seorang aktivis yang bernama Datu Shuaib Mutalib juga turut tampil membuat laporan rasmi ke pejabat SPRM meminta agar kes saman BSSB (Borneo Samudera Sdn Bhd) yang menyebabkan Christina terpaksa membayar RM557 Juta dapat disiasat kerana wujudnya campur tangan politik untuk menyelesaikan isu ini.

Aktivis yang bernama Datu Shuaib Mutalib juga turut tampil membuat laporan rasmi ke pejabat SPRM meminta siasatan wujudnya campur tangan untuk melepaskan Christina dari membayar sejumlah wang RM557 Juta kepada BSSD…(Sumber foto dipetik daripada Daily Ekspress Online)

Datu Shuaib berkata Ketua PKR Sabah Christina Liew yang kini menjadi Timbalan Ketua Menteri bersama dua (2) yang lain telah diarahkan membayar sejumlah RM557 juta.

“Campur tangan politik ini boleh menjejaskan kepentingan Borneo Samudera Sdn Bhd, anak syarikat lain berkaitan kerajaan Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan juga pekebun kecil yang terlibat.”

“Campur tangan politik ini juga boleh membawa kepada unsur-unsur kemungkinan RASUAH atau penyalahgunaan kuasa oleh Pihak Berkuasa.”