Tular Rakaman Kancil Rempuh Wanita dan Jualan Kedai Kopi di Luyang

Tular Rakaman Kancil Rempuh Wanita dan Jualan Kedai Kopi di Luyang

0
SHARE

KOTA KINABALU: Tular satu rakaman sebuah Perodua Kancil meluru masuk ke sebuah kedai kopi sehingga merempuh seorang wanita dan meja jualan makanan di Pusat Komersial Bornion, Luyang, di sini, pagi ini.

Kejadian kira-kira jam 6.27 pagi itu menyebabkan wanita terbabit yang ketika itu sedang membeli makanan dilaporkan mengalami kecederaan.

Rakaman berdurasi kira-kira 15 saat menunjukkan wanita berkenaan berada di hadapan gerai makanan sebelum Perodua Kancil terbabit tiba-tiba meluru ke arahnya.

Kenderaan itu kemudian merempuh meja jualan makanan sebelum terus memasuki bahagian hadapan premis berkenaan.

Rempuhan tersebut turut menyebabkan barangan serta peralatan di kedai berkenaan bertaburan.

Berdasarkan maklumat awal, Perodua Kancil berkenaan dipandu seorang lelaki dan dipercayai hilang kawalan selepas pemandunya tersalah menekan pedal minyak.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan dan menunggu pengesahan pihak berkuasa.