ADUN Bandau Keluar BERSATU Sokong WARISAN, Shafie Belum Sahkan Buat Perjumpaan

ADUN Bandau Keluar BERSATU Sokong WARISAN, Shafie Belum Sahkan Buat Perjumpaan

0
SHARE
Datuk Wetrom Bahanda...

PAPAR, SABAH – Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal belum memberi sebarang pengesahan mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Datuk Wetrom Bahanda yang dilaporkan meninggalkan BERSATU bagi menyertai WARISAN.

Beliau ketika ditanya pemberita berhubung perkara terbabit menyatakan pihaknya belum membuat sebarang pertemuan dengan Wetrom yang juga merupakan Pembantu Menteri itu.

“Kita tunggu bila sampai waktunya. Dia (Wetrom) pun belum jumpa dengan saya,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan jentera PRU15 WARISAN Parlimen Papar, malam tadi.

Dalam perkembangan lain, sebuah media nasional melaporkan Timbalan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Masidi Manjun mengesahkan Wetrom telah keluar parti.