ADUN PAKATAN HARAPAN SABAH TIDAK AKAN MENYOKONG KERAJAAN PINTU BELAKANG

ADUN PAKATAN HARAPAN SABAH TIDAK AKAN MENYOKONG KERAJAAN PINTU BELAKANG

0
SHARE
PH
Logo Pakatan Harapan (Sumber Foto: Gambar Google)

KOTA KINABALU, SABAH – TUJUH (7) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan Sabah memuktamadkan sokongan mereka kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dalam kekecohan rampasan kuasa.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata merasa amat kesal melihat Sabah sekali lagi berhadapan dengan kemelut politik yang sepatutnya tidak berlaku.

“Seharusnya fokus utama kita adalah memastikan matlamat perjuangan kita membantu rakyat dan membangun ekonomi serta bersama-sama berusaha untuk memastikan perjuangan MA63 direalisasikan selaras dengan hasrat Perdana Menteri.

“Kami mengulangi pendirian kami sebelum ini bahawa kami tidak menyokong sebarang usaha untuk menggulingkan kerajaan melalui cara pintu belakang.

“Pada masa yang sama, kami tidak bersetuju untuk Dewan Undangan Negeri dibubarkan sekiranya kemelut ini terus berterusan dan kedudukan Dewan Undangan Negeri buat masa ini terus tergantung,” katanya.

Mereka ialah ADUN Api-Api Datuk Christina Liew, ADUN Tanjung Papat Datuk Poon Fung Ming, ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick, ADUN Luyang Phoong Jin Zhe, ADUN Kapayan Jannie Lasimbang, ADUN Likas Tan Lee Fatt dan ADUN Inanam, Peto Galim.

Sehubungan itu, mereka berkata sokongan mereka kepada Hajiji yang merupakan ADUN Sulaman sebagai Ketua Menteri adalah selari dengan prinsip untuk memastikan kestabilan politik terus mantap di Sabah dan tidak terlibat dalam langkah seperti Langkah Sheraton.

Hajiji bersama sebahagian besar ADUN PH dan GRS bergambar dalam satu pertemuan di Kota Kinabalu. Kesemua ADUN PH berikrar akan terus menyokong kepimpinan Hajiji…

“Susulan sokongan ini, kami bersetuju bahawa satu Kerajaan Perpaduan Sabah boleh dibentuk seperti amalan di peringkat persekutuan.

“Kami berdoa agar kemelut politik akan berakhir dalam masa terdekat dan kesejahteraan rakyat Sabah terus dibela dengan sokongan ini,” katanya.