Nelayan Selamatkan Diri Dengan Berpaut Pada Tong Ikan

Nelayan Selamatkan Diri Dengan Berpaut Pada Tong Ikan

0
SHARE

KUDAT, SABAH – Seorang nelayan yang mengalami bot karam ketika turun ke laut di Perairan Tajau Laut sini dapat menyelamatkan diri dengan berpaut pada tong ikan sebelum kedatangan pasukan penyelamat.

Dalam kejadian 11 pagi kelmarin (Jumaat) itu, mangsa Abdul Rahman Tumai, 54, dikatakan telah terlanggar batu semasa dalam perjalanan pulang.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, sepasukan empat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kudat bersama bantuan Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam dikerah ke lokasi.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijanlankan dengan kaedah permukaan air dengan menggunkan bot…

“Mangsa dijumpai oleh pihak Maritim Malaysia di lokasi satu batu nautika dari pantai dan dibawa ke pantai bersama bot mangsa dengan bantuan orang kampung dan pihak Maritim,” kata seorang jurucakap bagi agensi.

Tambahnya, mangsa yang berada dalam keadaan selamat tanpa kecederaan dihantar pulang ke rumah beliau di Kampung Gumpa lalu operasi ditamatkan pada pukul 2 petang.