
KOTA KINABALU, SABAH – Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menasihatkan jabatan dan agensi terlibat dalam kerja penyelengaraan di bawah kerajaan agar dapat belajar dari budaya kerja sektor swasta.
Katanya tanggungjawab yang diamanahkan kepada penjawat awam, terutama apabila membabitkan penyelengaraan jalan raya dan bekalan air tidak boleh dipandang ringan atau ditangguh mengikut suka hati.
“Hal-hal sedemikian yang secara langsung mempengaruhi keselamatan dan kesejahteraan orang awam mesti ditangani dengan kadar segera,” katanya.
Masidi berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini bagi membincangakan pelbagai isu berkenaan kemudahan atau infrastruktur awam.