Agong Titah Pemimpin, Ahli Koperasi Perlu Berintegriti, Amanah

Agong Titah Pemimpin, Ahli Koperasi Perlu Berintegriti, Amanah

0
SHARE
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pemimpin dan ahli koperasi perlu berintegriti serta amanah dalam menguruskan aset serta perolehan koperasi untuk kepentingan negara.

Seri Paduka juga bertitah baginda berasa bangga dengan pencapaian koperasi di negara ini dengan asetnya yang telah menjangkau RM150 bilion.

“Ini satu angka yang besar, harap ini dapat diurus tadbir dengan sebaik mungkin. Setiap ahli (koperasi) ini harus berintegriti, amanah supaya tidak lalai dalam urusan tadbir urus demi untuk kepentingan tujuh juta ahli yang sedia ada.

“Ini satu amanah yang besar, dan jadikan koperasi ini satu koperasi yang boleh sama-sama dibangun dan memberi faedah kepada tujuh juta ahli,” titah Seri Paduka pada Majlis Santapan Malam bersempena Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi di sini pada Sabtu.

Justeru, Al-Sultan Abdullah bertitah koperasi akan dapat berdiri sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan, selain ahli koperasi perlu memberi panduan serta cara memajukan koperasi kepada kerajaan untuk kepentingan bersama bagi kepentingan negara.