Sabah Catat Peningkatan Angka COVID-19 Hari Ini Kepada 2,236 Kes

Sabah Catat Peningkatan Angka COVID-19 Hari Ini Kepada 2,236 Kes

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah merekodkan sedikit peningkatan jangkitan baharu hari ini sebanyak 78 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu sebanyak 2,236 KES.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menjangkakan jumlah kes baharu dalam beberapa hari akan datang akan berlegar disekitar angka kes hari ini.

Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kadar jangkitan semasa di Sabah semakin stabil pada nilai RT 1.0.

Satu kluster institusi pendidikan iaitu Kluster Jalan Kiulu yang berlokaliti di Tuaran diisytiharkan tamat hari ini oleh pihak JKNS. Dengan itu berbaki 41 kluster aktif.

“Masing-masing lapan (8) kes berada dalam Kategori 3 dan 4 dan tiga (3) kes dalam Kategori 5…

“Sebanyak 301 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 168 daripadanya merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun),” katanya.

Dalam rumusan harian kes, beliau turut mengucap selamat menjalani peperiksaan SPM 2021 kepada semua pelajar Tingkatan 5 yang bermula hari ini.

“Moga saudara-saudari mencapai kerjayaan cemerlang dalam peperiksaan tersebut,” sambil menambah harapkan agar guru dan pelajar mematuhi semua SOP yang berkuatkuasa.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (02 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 781 (651)
Tuaran – 170 (142)
Penampang – 138 (111)
Kota Belud – 113 (120)
Papar – 110 (135)
Keningau – 108 (130)
Tawau – 103 (83)
Beaufort – 97 (130)
Sandakan – 75 (88)
Kota Marudu – 64 (41)
Putatan – 58 (100)
Tenom – 54 (60)
Kuala Penyu – 49 (49)
Ranau – 46 (47)
Sipitang – 46 (45)
Lahad Datu – 31 (32)
Beluran – 25 (17)
Nabawan – 25 (18)
Pitas – 24 (25)
Telupid – 21 (30)
Kudat – 21 (25)
Tambunan – 18 (22)
Kinabatangan – 17 (17)
Tongod – 17 (13)
Kunak – 9 (8)
Semporna – 8 (17)
Kalabakan – 8 (2)