KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan akhirnya memberikan kebenaran kepada Tan Sri Musa Aman untuk mencabar kesahan Ketua Menteri Sabah apabila dua (2) daripada tiga (3) hakim bersetuju untuk membenarkan Musa meneruskan rayuan mencabar pelantikan Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri yang sah.
Dalam keputusan majoriti 2-1 itu, Mahkamah Persekutuan petang tadi memberi izin kepada Musa Aman bagi meneruskan rayuannya terhadap saman untuk mencabar pelantikan Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah
Keputusan majoriti yang diberikan oleh dua (2) panel yang lain iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan Abdul Rahman Sebli dan Zabariah Mohd Yusof, manakala Ketua Panel Hakim Mohd Zawawi Salleh, tidak bersetuju untuk memberikan kebenaran untuk membuat rayuan itu.

Hakim Abdul Rahman Sebli dalam penghakimannya turut berkata, rayuan Musa Aman dan ADUN Tamparuli, Jahid Jahim mesti didengar kerana persoalan undang-undang yang diajukan ini sangat penting.
“Ini harus diselesaikan oleh mahkamah dan tidak boleh dibiarkan tergantung.”
Rahman berkata lagi bahawa rakyat Sabah mempunyai hak untuk mengetahui sama ada penyingkiran Musa dilakukan mengikut perlembagaan Sabah. Pada masa yang sama, Hakim Zabariah Mohd Yusof bersetuju dengan kenyataan Rahman tersebut.
Dalam pada itu, saman kedua yang membabitkan 33 ADUN akan didengar pada 07 Sept 2020. Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh tersebut untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 21 Ogos lepas, yang mana telah menolak permohonan mereka untuk penangguhan bagi semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai lepas.

Pemerhati Politik menyimpulkan masalah politik di Sabah ketika ini berpunca daripada sikap tidak menghormati undang-undang yang diamalkan oleh Shafie Apdal.
Secara moralnya, Shafie sebenarnya telah hilang kepercayaan oleh wakil rakyatnya sendiri kerana secara ‘total’ telah GAGAL mentadbir Sabah dengan baik. Meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah sebenarnya adalah tindakan terhormat yang sepatutnya dilakukan oleh Shafie dan bukannya pergi menghadap TYT bagi membubarkan DUN Sabah.
Untuk rekod pada Pilihan Raya Umum (PRU14) 09 Mei 2018 yang lalu, Barisan Nasional (BN) mempunyai 29 kerusi yang kemudian 31 kerusi selepas dua (2) Wakil Rakyat daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang dipimpin oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan bergabung dengan Musa bagi membentuk Kerajaan Negeri Sabah.

Parti Warisan pimpinan Shafie pula selepas bergabung dengan DAP dan PKR hanya memperolehi 29 kerusi pada ketika itu.
Selepas beberapa orang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) telah ‘melompat parti’, Shafie kemudiannya telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah menggantikan Musa yang mana terlebih dahulu telah mengangkat sumpah jawatan yang sama di hapadan TYT.

Selepas Shafie mengangkat sumpah, Musa Aman telah dipaksa untuk meletak jawatan, malahan surat pemberitahuan Musa bukan lagi Ketua Menteri yang sah telah dihantar oleh Yang di Pertua Negeri Sabah kepada Musa pada 14 Mei 2018.
Yang peliknya, peristiwa yang sama telah berulang apabila Shafie pula kehilangan majoriti pada 29 Julai 2020, tetapi malangnya Musa telah dinafikan hak sebagai Ketua Menteri yang sah apabila Yang di Pertua Negeri Sabah telah menandatangani pembubaran DUN.
Majoriti rakyat Sabah ketika ini melihat undang-undang di Sabah sedang dirobek, justeru semoga keputusan mahkamah pada 07 Sept ini akan berpihak kepada 33 wakil rakyat (ADUN Sabaha) yang mahukan agar keadilan dapat ditegakkan dan Sabah tidak lagi mempunyai Ketua Menteri GAGAL seperti Shafie Apdal.