Akibat Dadah, Dirasuk Tembak Mati Seorang Wanita

Akibat Dadah, Dirasuk Tembak Mati Seorang Wanita

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

COLORADO – Akibat lalok dadah methamphetamine atau syabu, seorang remaja 19 tahun menembak mati wanita 28 tahun di Olathe, daerah Montrose, Colorado, kerana menyangka mangsa adalah bapanya yang menjalani pembedahan menukar jantina.

Wanita itu, Patience R Stewart, sedang berbaring dalam kenderaan mengembara apabila ditembak beberapa kali di muka oleh Joseph Saur, Ahad lalu.

Menurut Daily Mail yang memetik laporan media tempatan, Montrose Press, remaja itu memberitahu Ketua Jabatan Polis Olathe, George Jackson, bapanya ‘menjalani pembedahan penukaran jantina dan kini menjadi wanita itu (Patience)’.

Menurut polis, Joseph memberitahu dia percaya bapanya melakukan banyak perkara tidak baik dan menukar jantina bagi menyorok identitinya.

Bapa remaja itu memberitahu polis, dia sudah lama bimbangkan masalah ketagihan dadah anaknya itu.

Polis menemui mayat Patience dalam treler kabinnya dengan empat kesan tembakan di muka iaitu dua di bahagian dagu dan dua lagi di bawah mata. Polis juga menemui pistol yang digunakan dibuang tidak jauh dari tempat kejadian.

Remaja itu kini menghadapi tuduhan membunuh.