Amaran Cuaca Waspada Di Johor, Sabah Dan Sarawak Bermula Hari Ini –...

Amaran Cuaca Waspada Di Johor, Sabah Dan Sarawak Bermula Hari Ini – MetMalaysia

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Johor, Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat di Johor ialah Mersing dan Kota Tinggi bermula esok (Selas) sehingga Khamis ini.

Sementara itu, di Sarawak pula melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit serta Tawau (Sabah) yang dijangka berlaku hari ini (Selasa).