AMK Sabah Tegur PAS, Seru Hormati Hari Kebangsaan Jangan Politikkan Tragedi Zara

AMK Sabah Tegur PAS, Seru Hormati Hari Kebangsaan Jangan Politikkan Tragedi Zara

0
SHARE

KOTA KINABALU: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menegur Pesuruhjaya PAS Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan berhubung gesaan berpakaian hitam pada Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sebagai solidariti terhadap kes Allahyarhamah Zara Qairina.

AMK menegaskan tragedi Zara adalah isu kemanusiaan yang perlu ditangani dengan empati, bukannya dijadikan simbol politik pada hari bersejarah negara yang seharusnya diraikan dengan semangat patriotisme dan perpaduan.

Bagaimanapun, AMK menzahirkan simpati kepada keluarga Zara serta menyokong tuntutan rakyat agar keadilan ditegakkan sepenuhnya.

AMK turut mengingatkan orang ramai berhati-hati menapis maklumat di media sosial bagi mengelak kekeliruan dan menjejaskan siasatan.

Mereka menyeru semua pihak memberi ruang kepada polis melengkapkan siasatan secara telus dan berlandaskan undang-undang.

Pergerakan itu yakin proses siasatan akan membawa keputusan yang adil, sambil mengajak rakyat mengekalkan keharmonian ketika menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.