RANAU, SABAH – Kepakaran bomba dipanggil bagi memotong anak panah yang menembusi tangan kanan seorang lelaki berusia 18 tahun di bahagian kecemasa Hospital Ranau pada Khamis.
Sepasukan empat anggota Bomba Daerah bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.39 malam semalam.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa lelaki tertusuk semasa menjalankan aktiviti menangkap ikan dan datang ke Hospital bagi menerima rawatan.
“Pasukan bomba bertindak memotong besi panah menggunakan pemotong besi dan seterusnya diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi tamat pada jam 9.53 malam,” kata seorang jurucakap bagi agensi.
Pada Khamis lalu (1 Feb), SabahNews turut melaporkan insiden seorang lelaki berusia 25 tahun di Kota Belud yang ditimpa nasib sama iaitu tertusuk anak panah di tangan kanan juga ketika menangkap ikan.