Ancam Sekat WhatsApp, Indonesia Beri 48 Jam Kepada Facebook Inc’s

Ancam Sekat WhatsApp, Indonesia Beri 48 Jam Kepada Facebook Inc’s

0
SHARE

INDONESIA –  Indonesia hari ini, Isnin, mengancam untuk menyekat WhatsApp milik Facebook Inc’s dalam masa 48 jam jika pemilik aplikasi itu tidak mengeluarkan imej GIF yang keterlaluan.

Menurut laporan Reuters, Ketua Pengarah di Kementerian Perhubungan dan Maklumat Indonesia, Semuel Pangerapan dipetik berkata bahawa kod sulit WhatsApp menghalang pihaknya imej GIF yang dicari pengguna Indonesia kerana ia dibekalkan pihak ketiga.

Menurutnya, berikutan itu, WhatsApp akan disekat dalam masa 48 jam melainkan imej yang dibekal pihak ketiga itu dibuang daripada aplikasi pesanan itu.

“Ya, benar. Mereka perlu mematuhi undang-undang negara ini,” katanya.

Menurutnya, kementerian sudah menghantar tiga surat kepada WhatsApp.

“Mereka membalas namun meminta kementerian berurusan terus dengan pihak ketiga itu.

Imej GIF itu ada dalam aplikasi mereka, kenapa kami perlu berurusan dengan pihak ketiga? Mereka yang sepatutnya menguruskannya,” katanya.

Menurut Pangerapan, pihak ketiga yang membekalkan imej berkenaan, Tenor, sudah disekat.

Wakil WhatsApp dalam kenyataannya berkata: “Di Indonesia, WhatsApp membolehkan pengguna mencari imej GIF yang disediakan pihak ketiga.

“Kami tidak boleh memantau imej GIF itu di WhatsApp kerana ia dilindungi kod sulit untuk pesanan. Kami meminta kerajaan Indonesia berurusan dengan pihak ketiga itu untuk menilai semula kandungan disediakannya.”

Indonesia mempunyai 69 juta pengguna aktif Facebook, yang keempat terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, India dan Brazil.

Pertubuhan bebas mendesak kerajaan Indonesia menyekat imej GIF lucah yang boleh diakses melalui emotikon bagi mengelak sampai kepada kanak-kanak.