BANGKOK, THAILAND – Seorang wanita berusia 45 tahun ditahan polis selepas dipercayai membelasah mati pembantu rumahnya berusia 16 tahun sebelum menanam mayat mangsa di tanah miliknya, lima tahun lalu.
Memetik laporan Harian Metro, wanita terbabit, Krisna atau Mona Suwanpithak dikeluarkan waran tangkap kelmarin oleh Mahkamah Jenayah sebelum ditahan di Lanna Resort di Tambon Muang Kao daerah Phanom Sarakham pada jam 5 pagi.
Siasatan dilakukan selepas ibu mangsa, Janjira Srisak, 48, memfailkan satu petisyen bersama pengerusi Paveha Hongsakula Foundation, Pavena Hongsakula yang mengatakan anaknya, Jariya atau Nong Nam hilang lima tahun lalu selepas bekerja sebagai pembantu rumah kepada Krisna di Prachachuen, Bangkok.
Hasil siasatan polis didapati mangsa dipukul hingga mati sebelum mayatnya ditanam di tanah milik suspek di wilayah Phetchaburi.
Mayatnya yang ditemui kemudian digali semua untuk tujuan siasatan.