KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan baharu terus meningkat dan hari ini menghampiri paras angka 300 dengan 292 KES.
Ianya adalah pertambahan 43 kes berbanding hari sebelumnya.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah itu seperti yang telah diramal.
“Jumlah daerah yang mencatat peningkatan dan penurunan kes adalah sama, iaitu masing-masing 11 daerah.
“Kota Kinabalu mencatatkan kes baharu tiga angka dan 6 daerah mencatat jangkitan dua angka…
“Seperti semalam hanya 7 daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu,” katanya dalam rumusan harian kes.
Kota Kinabalu merekodkan kes tertinggi dengan 115 kes (+19), Sandakan 31 kes (-), Penampang 24 kes (-3), Beaufort 22 kes (+22), Papar 22 kes (-1), Tuaran 21 kes (-6) dan Lahad Datu 13 kes (+4).
“Jumlah sampel ujian hari ini ialah 2,919 berbanding 3,118 kelmarin.
“Pada kadar positiviti yang sama, jumlah jangkitan hari ini sepatutnya lebih rendah daripada sebelumnya. Tetapi kadar positiviti hari ini ialah 12.02 peratus, iaitu lebih tinggi berbanding 11.14 peratys kelmarin.
“Kadar positiviti yang semakin meningkat adalah satu petanda angka jangkitan harian akan terus meningkat kerana kadar penularan virus semakin cepat,” tambahnya.
Terdapat masing-masing satu (1) kes dalam Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5.
Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kelmarin.
Kota Kinabalu 115 (96)
Sandakan 31 (31)
Penampang 24 (27)
Beaufort 22 (0)
Papar 22 (23)
Tuaran 21 (27)
Lahad Datu 13 (9)
Kota Belud 7 (0)
Sipitang 7 (5)
Nabawan 5 (1)
Tawau 5 (12)
Keningau 3 (6)
Kuala Penyu 3 (4)
Kudat 3 (2)
Tambunan 3 (3)
Tenom 3 (2)
Ranau 2 (0)
Kinabatangan 1 (2)
Kota Marudu 1 (3)
Semporna 1 (0)
Beluran 0 (3)
Kalabakan 0 (0)
Kunak 0 (1)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (3)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (3)





